travel, food and lifestyle blog

Wednesday, July 10, 2013

Apa Itu Tonsil | Dugaan Hari Pertama Puasa

Apa Itu Tonsil | Dugaan Hari Pertama Puasa | Hari pertama puasa, hmmm banyak dugaan yang Allah bagi kat aku. Dan Alhamdulillah semua aku hadapi dengan tenang. Dan yang paling besar wa kena Tonsil. Dari semalam selepas sembahyang tarawikh dah mula rasa tanda-tanda ada tak kena di bahagian anak tengkuk wa di bahagian kiri. Semalaman wa tak dapat tidur sebab makin ke pagi, makin sakit. Rupanya wa baru sedar yang wa kena Tonsil. Persoalannya Apa Itu Tonsil [klik]? rupanya ramai yang tak tahu kan Apa Itu Tonsil. Kalau nak tahu google la.


Bila dah buntu, tak tahu nak wat apa, cuba juga tanya teman-teman kat Facebook kalau lah ada ubat yang mudah untuk merawat Tonsil dan tak perlu pergi klinik.


Hmm, kata orang Tonsil ni merbahaya, sampai ada yang leh membawa maut. Bila pergi jompa dokter tadi macam-macam dia tanya.


Doktor tu check dan kata Tonsil aku dah besar giler sampai dah bam bam huhu (sempat lagi bergurau ye). Pastu dia kata ada putih-putih. Mungkin jangkitan bakteria. Nasib baik sebelah kiri je yang kena Tonsil. Takdela teruk sangat kan. Kalau tak tak tahu la apa wa nak cakap. Harap-harap tak berjangkit Tonsil tu ke kanan pulak.

Bila selesai , doktor suruh wa turun ambil ubat, bukan main lama wa tunggu giliran. Rupa-rupanya nombor giliran wa naik kat bahagian bill. Pergh dah makin cuak dah. Pergi je kaunter dia mintak RM71. Wallaweh rupanya wa ni dah tak dapat perkhidmatan seperti student-student dulu. Kena daftar sebagai pesakit luar. ngeee. 

Mahal giler weh. wa terkejut. Maklumla dalam poket ada RM15 je. Cukup-cukup nak beli lauk berbuka. Nurse tu kata ubat RM60. Wa dah tak ada pilihan terpaksa bgtau la wa takada duit dan tak ambil ubat tu. Pastu dia cakap, kalau tak nak ambil ubat takpe tapi wa kena jugak bayar RM10 untuk charge perkhidmatan. Hmmm. Tetiba wa terfikir. baik wa pergi klinik swasta je tadi. Memang nasib badan la.

Memandangkan ramai kawan-kawan cakap suh makan ice cream vanilla untuk meredakan Tonsil tu, nampak gayanya malam ni wa kena pergi beli la. huhu. Insyaallah hope boleh reda.

.

Share:

8 comments:

  1. moga cepat embuh yer
    ad hikmah tu :)

    ReplyDelete
  2. laaa ye ke , hmm selagi boleg diubat takpe..msih oke lagi tu , mcm makcik dh kene laser..heee

    ReplyDelete
  3. emmm semoga Allah permudahkn urusan dan di beri kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  4. kita pun ada thonsil. biasanya kalau nak hilangkan thonsil kita makan ais krim vanilla... kemam dia kasi kurang bengkak. maybe tak teruk sangat. tapi kalau teruk mmg doc suruh potong!

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh bro...mungkin tekak tu kering sangat.... eat or drink something yg milky or ice cream...can reduce the keperitan...

    ReplyDelete
  6. alaahhh buang je tonsil tu..Cendol dah baung dah lega rasanya..lepas buang tonsil tu,doktor suruh makan benda lembut2 sejuk2 je..seronok,sebulan makan ais krim cornetto heheh..semoga cepat sembuh ye..apa2 pun,dapatkan perkhidmatan terbaik,bayar mahal sikit takpe asalkan sihat.kesihatan itu sangat berharga ^_^

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive